Punyai Jurang Umur 60 Tahun, Pasangan Ini Bercerai Selepas 22 Hari Bersama

Pasangan pengantin dari Indonesia ini telah mencuri perhatian orang ramai kerana mempunyai jurang umur yang agak besar iaitu 60 tahun akhirnya membawa haluan masing-masing selepas tidak sampai sebulan bergelar suami isteri.

Memetik laporan Harian Metro, Abah Sarna yang kini berusia 78 tahun telah menjatuhkan talak terhadap isterinya Noni Navita menerusi sekeping surat pada Jumaat lalu.

Ikatan perkahwinan yang hanya sempat bertahan selama 22 hari itu tidak dinafikan telah mengejutkan ahli keluarga Noni kerana mereka percaya pasangan berkenaan tidak mempunyai apa-apa masalah sebelum ini.

“Saya terkejut dengan berita perceraian ini kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja kami dapat tahu yang mereka hendak bercerai,” jelas Iyan iaitu kakak kepada Noni.

Tambahnya, keluarga pihak perempuan tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Abah Sarna. Keluarga Abah yang membantah perkahwinan pasangan berkenaan pada awalnya.

Sumber: Harian Metro

Untuk dijadikan cerita, perbuatan Abah itu bukan sahaja telah merendahkan maruah keluarga Noni tetapi turut menyebabkan wanita berkenaan mengalami kemurungan.

“Selepas menerima surat tersebut, adik saya telah hilang selera makan tetapi keadaan beliau sudah semakin pulih,” tambahnya.

Keluarga Noni turut menafikan punca rumah tangga pasangan itu retak kerana wanita itu telah hamil sebelum mengikat tali perkahwinan bersama Abah.

Bagi anda yang masih keliru, perkahwinan mereka sebelum ini bukan sahaja menjadi bualan ramai kerana jurang umur yang besar tetapi barang-barang hantaran yang diberikan turut mencuri perhatian.

Hal ini demikian kerana hadiah-hadiah seperti motosikal Honda PCX, tilam dan almari yang diberikan oleh pengantin lelaki perlu diangkut menggunakan lori ketika hari perkahwinan mereka.

Tidak berhenti di situ, Abah Sarna juga dikatakan telah memberi mas kahwin termasuk wang berjumlah 10 juta Rupiah (kira-kira RM2,883) kepada pengantin perempuan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca