Punyai 46 Orang Adik-Beradik, Ini Biodata Penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kemelut politik negara yang berlarutan selama beberapa minggu akhirnya menemui jalan pengakhiran apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lapan. Ia mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memacu pentadbiran negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilahirkan di Muar, Johor pada 15 Mei 1947. Beliau merupakan salah seorang daripada 46 orang anak seorang ulama terkenal di Muar iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad. Ibu beliau adalah isteri kedua daripada empat orang isteri bapanya, iaitu Puan Hajjah Khadijah binti Haji Kassim.

Beliau dikurniakan empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama isterinya iaitu Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak tahun 1978.

Berikut merupakan perjalanan karier politik beliau:

1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)

1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh

1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor

1978 – Menjadi Ahli Parlimen Pagoh.

1982 – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

1986 – Menteri Besar Johor ke-13

1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1993 – Menang Naib Presiden UMNO

1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan

2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.

15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran

2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

10 April 2009 – Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

September 2016 – Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.

13 Julai 2017 – Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.

22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

2018 – Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri

29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Seluruh rakyat Malaysia mengharap dan mendoakan kepimpinan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memacu negara ke arah yang lebih baik.

Untuk baca artikel lain tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca