Search
Close this search box.

Punya Suara Yang Lembut, Imam Ini Terkejut ‘Isteri’ Sebenarnya Seorang Lelaki

Seorang lelaki berpangkat imam digantung tugas selepas jantina sebenar isterinya yang merupakan seorang lelaki terbongkar.

Sheikh Mohammed Mutumba, 27, yang berasal dari Uganda mengetahui akan perkara itu ‘isteri’nya diperiksa polis usai ditangkap selepas mencuri satu set televisyen daripada jirannya.

Sebaik sahaja berita itu tersebar, Mutumba yang berkhidmat di Kyampisi Masjid Noor digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Jelas kaget dengan pendedahan itu, Mutumba berkata, dia menyangka dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Swabullah Nabukeera pada Disember lalu dalam satu majlis tradisional Islam.

Walau bagaimanapun, Mutumba mengaku dia berasa sedikit jengkel apabila ‘isteri’nya itu enggan melucutkan pakaian sewaktu mereka tidur bersama.

“Kami tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan intim semenjak dua minggu berkahwin kerana dia memberitahu saya dia sedang haid,” ujar Mutumba.

Selain mencuri set televisyen, pencuri berkenaan juga ditahan polis kerana dia mengambil beberapa helai pakaian daripada jiran di sebelah rumahnya itu.

Identiti sebenar ‘isteri’ imam berkenaan terdedah selepas seorang pegawai polis wanita memeriksa badan tertuduh kerana menyangka dia adalah seorang wanita.

Difahamkan, Mutumba enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu susulan terlalu sedih dan kecewa.

Sementara itu, rakan-rakan Mutumba juga tidak menyangka ‘wanita’ yang dikahwini kawan mereka itu adalah seorang lelaki.

“Dia sering memakai tudung dan mempunyai suara yang lembut serta mempunyai gaya jalan seperti seorang wanita sebenar,” ujar Amisi Kibunga yang merupakan rakan sekerja Mutumba di masjid.

Pencuri itu akhirnya berjaya dikenal pasti sebagai Richard Tumushabe. Motif dia menyamar sebagai seorang wanita adalah supaya dia boleh berkahwin dengan Mutumba dan mencuri semua wangnya.

Mengulas isu pergantungan kerja Mutumba, ketua imam, Sheikh Isa Busuulwa berkata, perkara itu wajar dilakukan untuk menjaga integriti agama mereka sementara siasatan lanjut dijalankan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan penipuan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca