Punya 4 Orang Teman Lelaki, Wanita Ini Bangga Dia Kini Mengandung Anak Pertama Mereka

Kebanyakan masyarakat dunia masih menolak unsur poligami. Walau bagaimanapun, seorang wanita pula cuba untuk mengubah pemikiran dunia dan mahu menjadikan hubungan poliandri di mana seorang perempuan mempunyai lebih daripada satu pasangan sesuatu yang normal.

Tory Ojeda, 20 yang berasal dari Florida pertama kali berjumpa dengan teman lelaki pertamanya, Marc yang berusia 18 tahun semasa di sekolah tinggi. Selang dua bulan kemudian, Tory sudah mula menjalinkan hubungan dengan kekasih keduanya yakni Travis, 23.

Tory Ojeda, 20 (Kiri) dan Marc, 18 (Kanan)

Difahamkan, pada Julai tahun ini, Tory dan Travis telah mengikat tali pertunangan. Namun begitu, Tory dilaporkan memulakan hubungan baru dengan dua lelaki yang juga merupakan rakan lamanya iaitu Ethan dan Chris yang masing-masing berusia 22 tahun.

Tory Ojeda, 20 (Kiri) dan Chris, 22 (Kanan)

Kisah mereka menjadi lebih rumit apabila Tory kini disahkan mengandung semasa pergi bercuti dengan kekasih keempatnya iaitu Chris.

Berita kehamilan wanita itu disambut baik oleh pasangannya yang lain dan kesemua mereka bersetuju untuk menjadi bapa buat bayi yang belum dilahirkan itu.

Tory Ojeda, 20 (Kiri) dan Ethan, 22 (Kanan)

Meskipun Tory tidak pernah menghalang mana-mana teman lelakinya untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain, hanya wanita itu sahaja yang mempunyai lebih daripada seorang pasangan.

Tony Ojeda, 20 (Kiri) dan Travis (23)

“Saya amat seronok sekiranya mana-mana teman lelaki saya menjumpai pasangan kedua. Tidak dinafikan ia amat sukar untuk membahagikan masa dengan semua orang. Namun begitu, saya rasa ia tentu menyeronokkan sekiranya ada wanita lain di dalam hubungan kami,” ujar Tory.

Menurut sumber, keempat-empat pasangan Tory tinggal bersamanya di dalam sebuah rumah. Walaupun mereka semua mempunyai bilik masing-masing, mereka akan mengambil giliran untuk tidur bersama Tory di dalam bilik wanita itu.

Menurut Chris yang merupakan bapa kandung kepada bayi dalam kandungan Tory berkata, ibu bapanya amat gembira dengan berita kehamilan tersebut, namun, mereka masih tidak merestui hubungan poliadri tersebut.

Tambah Tory, dia kini tidak mahu mengambil kisah akan pandangan orang ramai dan mahu fokus pada kehidupannya. Walaupun begitu, wanita tersebut berharap suatu hari nanti hubungan poliadri boleh diterima oleh masyarakat dunia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca