Pulau Pinang Akan Dibanjiri Pengunjung Pada Minggu Ini

Sejak rakyat sudah bebas untuk keluar dari rumah, Pulau Pinang telah menjadi tempat utama untuk semua bercuti.

Sumber: The Star

Minggu cuti sekolah ini tidak jangka lagi bahawa Pulau Pinang sudah semestinya akan dibanjiri pengunjung dan juga dijangka bahawa ramai penunggang motor akan konvoi ke pulau itu nanti.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang Superintendan Zafri Zolkapli mengatakan bahawa polis menjangka akan lebih banyak kenderaan dari negeri-negeri utara akan memasuki Pulau Pinang sekaligus akan menjadi punca kesesakan lalu lintas di lebuh raya dan jalan raya utama.

Sumber: Astro Awani

Beliau terangkan bahawa Pulau Pinang akan menjadi destinasi utama mereka sebelum pulang ke Kuala Lumpur atau negeri Utara lain seperti Johor untuk kerja selepas meluangkan masa pada minggu cuti persekolahan yang panjang ini.

Polis trafik akan turun padang untuk kawal situasi trafik yang dijangka akan menjadi lebih sesak atas kerana cuti sekolah dan cuti awam.

Walaupun terdapat banyak kenderaan di bandar tetapi keadaan masih terkawal. Beliau juga nasihatkan bahawa penunggang motor semua harap lebih bertanggungjawab di jalan raya agar tidak berlaku kemalangan.

Superintendan Zafri Zolkapli berharap agar semua lebih berhati-hati ketika menghadapi kesesakan lalu lintas minggu ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca