Pulang Lepas 11 Bulan, Wanita Paling Lama Di Angkasa Selamat Tiba Ke Bumi

Angkasawan wanita Amerika Syarikat, Christina Koch dilaporkan selamat kembali ke Bumi selepas berada selama 11 bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menurut laporan, Christina tiba di Kazakhstan sekitar jam 3.12 petang waktu tempatan bersama dua rakannya, Luca Parmitano dari agensi angkasa Eropah dan Alexander Skvortsov dari agensi angkasa Rusia.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat kembali ke planet ini semula,” ujar Christina.

Christina dilaporkan berangkat ke angkasa pada 14 Mac tahun lalu. Beliau yang berusia 41 tahun itu berjaya memecahkan rekod angkasawan wanita pertama paling lama berada di angkasa.

Photo Date: 06/24/09.Location: Bldg.8, Photo Studio.Subject: Peggy Whitson Official EMU Portrait

Sebelum ini, rekod kategori berkenaan dipegang oleh veteran NASA bernama Peggy Whitson pada 2016/2017.

Apabila disoal mengenai perjalanan selama tiga jam setengahnya ke Bumi, Christina memaklumkan perkara yang paling akan dirinduinya mengenai angkasa ialah mikrograviti.

“Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk berada di tempat yang membenarkan saya melompat dari siling ke lantai pada bila-bila masa,” katanya.

Christina dilaporkan akan dibawa ke ibu pejabat NASA di Houston melalui Karaganda dan Cologne, Jerman bagi menjalani pemeriksaan perubatan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan angkasa lepas, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca