Pukul Penghantar Makanan, Penganggur Ini Mengaku Tidak Bersalah

Pukul Penghantar Makanan

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di George Town atas pertuduhan memukul seorang penghantar makanan mengunakan tukul besi Selasa lepas.

Namun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul kepala mangsa yang berumur 40 tahun.

Penghantar makanan berkenaan telah menerima jahitan sebanyak sembilan jahitan dikepala.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memukul penghantar makanan lelaki itu di perkarangan pangsapuri yang terletak di Desa Permai Indah, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, penganggur itu ditahan pada pukul 11.15 malam Rabu.

Lelaki itu didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sejurus itu, kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah
Sumber: Astro Awani

Difahamkan, mangsa menghantar makanan yang ditempah oleh isteri tertuduh sekitar 4.10 petang namun berlaku perbalahan diantara mereka berdua.

Pengantar makanan itu telah menunggu dalam kira-kira 10 minit sambil menelefon isteri tertuduh beberapa kali namun panggilannya tidak dijawab.

Sofian berkata bahawa mangsa beredar setelah isteri tertuduh datang dan mengambil makanan yang dipesannya itu.

Walau bagaimanapun, setelah meninggalkan lokasi tersebut dalam 20 minit, tertuduh menelefon mangsa untuk kembali kononnya inginkan penjelasan mengenai makanan yang dihantarnya.

“Mangsa kemudian ke lokasi itu semula dan berlaku pertengkaran antara suami wanita tersebut dengan mangsa.

“Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berhubung penghantaran makanan menyebabkan suspek memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi,” ujar Sofian.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca