Pukul Isteri Guna Topi Keledar, Lelaki Ini Dipenjara 15 Bulan

Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 15 bulan di Mahkamah Majistret Gua Musang dekat Kelantan semalam selepas tertuduh didapati bersalah memukul isterinya menggunakan topi keledar pada 25 Januari lalu.

Memetik laporan BH Online, Mohd Shamsuri Rokman Yusuf mengaku bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 35 tahun didakwa dengan sengaja memukul isterinya iaitu Siti Norhashikin Che Mat menggunakan topi keledar berwarna merah di hadapan kedai makan di Paloh 2 di Gua Musang pada jam 5 petang 25 Januari lalu.

Sumber: BH Online

Atas sebab itu, Shamsuri didakwa mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman itu.

Untuk kesalahan Seksyen 326A Kanun Keseksaan, hukumannya penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut seksyen yang relevan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

Ahmad Firdaus merayu hukuman terhadap Shamsuri dikurangkan kerana dia mempunyai tanggungan lima orang anak dan menjaga ibu sakit.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan kepada Shamsuri bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Januari lalu.

Seorang lelaki akhirnya ditangkap di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2 selepas dia didakwa memukul wanita di hadapan sebuah kedai makan pada Khamis lalu. Suspek dipercayai telah ditahan pada jam 2.30 petang 28 Januari (Sabtu) lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca