Pukau Penonton AGT, Putri Ariani Dapat Golden Buzzer Daripada Simon Cowell

Penyanyi Indonesia, Putri Ariani mencipta sejarah selepas memukau penonton dan para juri rancangan realiti televisyen, America`s Got Talent (AGT).

Putri Ariani atau nama penuhnya Ariani Nisma Putri merupakan gadis cacat penglihatan namun begitu memiliki suara yang merdu.

Persembahan di America’s Got Talent, beliau menyanyikan lagu ciptaanya sendiri menerima tepukan gemuruh daripada para juri dan seluruh penonton yang berada di studio.

Gadis berumur 17 tahun ini telah berjaya menawan hati juri yang terdiri daripada Simon Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Mendell.

Namun begitu, Simon Cowell tiba-tiba bangun dan naik ke pentas menghampiri Putri untuk meminta dia menyanyikan sebuah lagi lagu.

Menerima cabaran tersebut, Putri memilih unttuk menyanyikan lagu Sorry Seems to Be The Hardest Words yang dipopularkan oleh Sir Elton John.

“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda,” kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.

Golden Buzzer hanya diberikan kepada lima peserta sahaja dan ini bermakna Putri Ariani akan terus mara ke peringkat suku akhir tanpa perlu melalui pertandingan untuk bersaing dengan peserta lain.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca