Penulis: Zahidah Abd Karim
Pada tanggal itu..
31 Ogos 1957
Rakyat telah merdeka
Pahlawan menurunkan senjata
Menghormati bendera Malaysia
Untuk pahlawan merdeka
Jika anda masih disini
Lihatlah
Malaysia sekarang
Waktu keperitan telah berlalu
Melihatkan wajah ceria anak merdeka
Bukan hanya sedikit tetapi banyak nyawa
Pahlawan telah korbankan… demi rakyat
61 tahun telah berlalu…
Kami dapat nikmati kebebasan
daripada penjajah yang durjana
Kerana perjuangan yang pahlawan lakukan
Kami tidak dapat menebusnya
dengan intan atau permata
Kami berjanji
sebagai anak muda
akan ku semat kemerdekaan ini
dengan semangat sebagai seorang pelajar
Terima kasih kami ucapkan
untuk kamu..
Wahai pahlawan kami.