KONGSIKAN

Merdeka
Suatu laungan atau punya definisi berbeza
Cukupkah kita nilai tinggi mana darjatnya
atau sekadar hanya di bibir saja
Jika dulu mampu menitis air mata tatkala dilaung kata keramat
Jika dulu mensyukuri segala nikmat dikecapi bersama
Jika dulu aman, tenang dan harmoni
Namun
Kenapa kini hanya kosong bila disuruh mengerti
Kenapa kini hanya lolongan merdeka didengari
Kenapa kini masalah sebesar kuman dicanang hingga mengegar keamanan sendiri
Bukan senang aman begini
Bukan mudah erti merdeka ini
Hargailah.
Renungilah.
Segalanya bukan dicipta sekelip mata
Terlalu banyak perjuangan di dalamnya
Cuba untuk ubah
Cuba untuk melangkah
Mula dari diri sendiri.
(SZ, 2018)

 

Foto Paparan Utama: Deenamik