KONGSIKAN

Penulis: Afifi Aziz

Guruh gemuruh dalam dadaku

Berdegup kencang seakan terbang

Mendengar seruan MERDEKA

Dari suara seorang pemimpin yang berjaya.

 

Ketika laungan dilaungkan

Tegak berdiri semua romaku

Air mata jatuh melimpah ke pipi

Mendengar laungan keramat

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!