Puasa Memberi 1,001 Hikmah Buat Kesihatan, 5 Selebriti Hollywood Ini Turut Berpuasa

Ramai yang menganggap bahawa berpuasa itu sekadar menahan lapar dan nafsu semata-mata. Sebenarnya, ia memberikan banyak manfaat pada pengamalnya.

Malah, perkara itu diakui sendiri oleh pakar dari Barat, Dr. Mc Padun bahawa selain dapat mengurangkan berat badan, amalan berpuasa dapat membersihkan toksin yang terdapat di dalam tubuh seseorang dan juga meningkatkan kesihatan jantung.

Puasa ini bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam semata-mata, malah mereka yang beragama lain juga turut berpuasa kerana kebaikan puasa itu sendiri dari sudut sains. Begitu juga dengan 5 selebriti Hollywood ini yang turut mengamalkan diet puasa untuk gaya hidup sihat. Berikut kami kongsikan 5 selebriti Hollywood tersebut:

1. Hugh Jackman

Kini, persoalan bagaimana Hugh Jackman berbadan cantik sudah terjawab. Pemegang watak Wolverine ini mengamalkan puasa intermittent terutama sekali apabila melakonkan sesuatu watak dalam filem aksi yang memerlukan beliau untuk menurunkan berat badan. Malah, menurut Jackman, tidurnya pada malam hari lebih berkualiti apabila beliau berpuasa.

2. Chris Pratt

Sama seperti Jackman, aktor yang berusia 39 tahun ini juga turut mengamalkan puasa intermittent. Ia sememangnya salah satu cara diet yang sangat popular dalam kalangan selebriti kerana keberkesanannya dalam menjamin gaya hidup yang sihat. Diet intermittent ini memerlukan seseorang itu berpuasa selama 12 jam.

3. Kourtney Kardashian

Kourtney Kardashian juga mengamalkan puasa intermittent. Perkara ini diakuinya sendiri dalam aplikasinya sekitar tahun 2008 dahulu. Kourtney turut menyatakan bahawa beliau juga mengamalkan diet keto untuk kesihatannya.

4. Jennifer Lopez

Turut mengamalkan puasa intermittent adalah Jeniffer Lopez atau lebih dikenali sebagai J.Lo. Beliau memilih untuk berbuat demikian untuk memastikan dirinya itu menjalani gaya hidup sihat. J.Lo sangat menitikberatkan jumlah kalori yang diambilnya setelah 12 jam berpuasa.

5. Jimmy Kimmel

Pengacara terkenal ini turut berpuasa bagi mengurangkan berat badannya. Kimmel berkongsi kaedah dietnya menerusi Men’s Journal iaitu 5:2 di mana ia bermaksud makan kurang daripada 500 kalori sehari pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Puasa itu dapat mengawal dan mendidik tubuh agar mengambil makanan diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan serta menyingkirkan racun dalam badan. Maka, tidak hairanlah mengapa selebriti-selebriti ini memilih untuk berpuasa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca