PU Abu Dibelasah Samseng? Kesan Calar Pada Tangan Pendakwah Bebas Itu Cetus Kebimbangan Warganet

Pendakwah bebas yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi, PU Abu berkongsi satu foto di laman Instagramnya yang sekali gus mencetus kebimbangan rata-rata pengikutnya.

Menerusi foto itu, terdapat kesan luka dan calar pada tangan PU Abu yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Tanpa menyatakan dengan jelas punca kesan luka dan calar itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi meluahkan rasa syukur meskipun terus menerima ujian daripada Allah.

Menerusi coretan PU Abu pada kapsen gambar tersebut, dia seolah-oleh memberi gambaran bahawa kesan pada tangannya itu berlaku selepas dia didatangi beberapa orang individu.

“Alhamdulillah, aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku, hanya sekadar calar-balar di tangan.”

“Empat lima orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku,” coretnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan pada masa yang sama, masing-masing tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku terhadap PU Abu? Malah, tidak kurang juga ada yang membuat pelbagai spekulasi mengatakan PU Abu dipukul atau terlibat dalam pergaduhan.

Kami sempat menjenguk ke ruangan komen dan berikut adalah beberapa coretan yang ditinggalkan oleh warganet:

“Bertabahlah, kuatkan semangat. Setiap orang ada dugaan tersendiri. Harap PU Abu kuat dan kekal yakin hadapi ujian mendatang.”

“Kenapa pula, Abu? Ada orang pukul Abu ke?”

“Ya Allah, takkan sampai macam itu sekali orang benci? Sampai buat dia macam ini. Ingat, dia cari rezeki untuk keluarga. Aku bukan sokong perbuatan dia sebelum ini, tapi bila fikir balik kita pun tak sempurna.”

“Aku doakan orang yang buat kau dapat balasan dan aku doakan kau berubah jadi yang lebih baik.”

Terdahulu, pencetus ummah ini pernah mendapat perhatian seluruh Malaysia sekitar bulan April lalu selepas kisah penceraiannya dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif tular di media sosial.

Kontroversi melibatkan PU Abu tidak terhenti di situ sahaja apabila muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir di mana dia didakwa sebagai orang ketiga di sebalik penceraian PU Abu.

PU Abu akhirnya mengesahkan berkahwin dengan Hana Azraa pada awal Mei lalu.

https://www.instagram.com/p/B2GyHHEnKwS/

Untuk rekod, dia dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Ain ‘Afini iaitu Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca