PT3 Dimansuhkan Mulai 2022, Diganti Dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya dimansuhkan mulai tahun 2022 ini.

Sumber: Suara.TV

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan pemansuhan tersebut pada sidang media khas yang berlangsung di Putrajaya.

Sebelum ini, KPM pernah memaklumkan PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan.

Pentaksiran Tingkatan Tiga akan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Sumber: YouTube

Menurut Datuk Dr Radzi, dari segi untuk memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kementerian akan melakukan penambahbaikan dengan menjalankan Pentaksiran Sumatif melalui ujian akhir tahun.

Oleh itu, bagi memastikan Pentaksiran Sumatif dapat dijalankan dengan lancar, kementerian akan memantapkan ujian akhir sesi akedemik bagi lima mata pelajaran yang terpilih untuk pelajar peringkat sekolah rendah iaitu darjah 1 dan 6.

Manakala bagi pelajar peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga 3 semua mata pelajaran akan terlibat dalam Pentaksiran Sumatif ini.

Menurut Datuk Dr Radzi lagi, pihak sekolah boleh menetapkan tarikh-tarikh peperiksaan yang bakal dilaksanakan serta peperiksaan ini tidak akan dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca