Psikologi: Ini 8 Kata-Kata Yang Tidak Patut Anda Guna Semasa Bercakap Dengan Anak Anda

Orang tua kita adalah orang yang kita cari untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan. Mereka sepatutnya memastikan kita berasa selamat sepanjang masa. Namun, kita sebagai manusia mampu membuat kesilapan.

Jika anda sering marah dan dingin terhadap anak-anak anda, mereka akan merasakan diri tidak bernilai. Mereka akan melakukan perkara yang sama yang anda lakukan kepada mereka untuk diri mereka sampai dewasa. Jika anda membuat satu kesalahan sekarang mengapa tidak meluangkan masa untuk membetulkannya?

Oleh itu, kami kongsikan ungkapan-ungkapan yang tidak patut anda ujarkan kepada anak-anak anda:

1. “Berhenti Menangis Sekarang!”

Walaupun tidak ada sebab anak anda menangis ketika itu dan tidak dapat berhenti, mereka sebenarnya tidak dapat mengawal emosi mereka. Mereka berhak untuk dibenarkan merasakan apa yang mereka rasa jika anda mengatakan ini kepada anak anda, anda memprogram mereka untuk berfikir bahawa tidak baik untuk mempunyai emosi. Mereka akhirnya akan menindas semuanya. Anda perlu cuba mengatakan sesuatu yang lain dalam situasi seperti ini.

Sesuatu seperti “Tidak apa-apa untuk menangis tetapi anda masih perlu memahami apa yang anda lakukan adalah salah.”

2. “Saya Kecewa Dengan Kamu!”

Ibu bapa sering memberitahu kekecewaan yang mereka rasakan apabila anak-anak mereka tidak mencapai kecemerlangan yang mereka harapkan. Apabila anak anda melakukan sesuatu yang salah, anda patut bantu mereka mencari jalan yang benar tanpa membiarkan mereka berfikir bahawa mereka adalah sesuatu kekecewaan.

Cuba katakan sesuatu seperti “Apa yang anda lakukan adalah salah, mari kita cakap perkara ini dengan lebih baik?”

3. “Kamu Tidak Cukup Memuaskan!”

Walaupun anda tidak secara khusus mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan tidak mencukupi tetapi mereka dapat merasakan apa yang anda cuba maksudkan malah akan membuatkan anak anda sakit hati. Perkara ini akan memberi kesan kepada anak anda yang merasakan diri keseluruhan hidup mereka tidak cukup baik.

4. “Kamu Dah Besar Tak Boleh Takut.”

Perkara ini langsung tidak melindungi anak anda dalam apa cara sekalipun. Apabila mereka berasa takut, anda tidak boleh menghentikan ketakutan mereka dengan memberitahu mereka agar tidak takut. Semua orang kadang-kadang menjadi takut, termasuk juga anda. Anda tidak sepatutnya melarikan diri apabila mereka menghadapi ketakutan namun seharusnya mengajar mereka.

Katakan sesuatu seperti “Tidak apa-apa untuk takut, semua orang ketakutan kadang-kadang tetapi perkara itu akan membantu kamu menjadi seorang yang lebih berani.”

5. “Kamu Tak Bernilai!”

Ungkapan ini tidak boleh anda katakan kepada anak-anak anda. Anda adalah orang yang mereka anggap pemberi semangat dan akan menyokong mereka apabila jatuh. Dengan mengatakan sebegini, anda akan membuatkan mereka jauh daripada anda dan keluar mencari sokongan dari mana sahaja mereka boleh mendapatkannya. Malah, mereka juga akan terlibat dengan masalah sosial jika anda sering marah mereka.

Cuba mengatakan sesuatu seperti “Tidak semua perkara sempurna, anda akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.”

6. “Kamu Budak Yang Teruk!”

Anda tidak boleh membuat anak anda merasa seperti mereka tidak baik secara keseluruhan. Anda harus cuba menggunakan frasa “Apa yang anda lakukan adalah buruk” kerana tindakan mereka mungkin tidak sebaik yang anda inginkan tetapi itu tidak sepatutnya membuat anda berfikir secara negatif terhadap anak anda secara keseluruhan.

7. “Saya Selalu Buat Semua Perkara Untuk Kamu!”

Mereka adalah anak anda, anda sepatutnya melakukan segala-galanya untuk mereka. Anda tidak seharusnya merasakan mereka sebagai bebanan kerana mereka juga tidak memilih untuk dilahirkan. Anda harus malu kepada diri sendiri jika anda telah berkata ini kepada anak anda.

8. “Kamu Gemuk.”

Ungkapan ini tidak sepatutnya berada dalam senarai ini. Anda tidak boleh meremehkan anak-anak dengan kata-kata sebegini. Jika anda mempunyai anak yang gemuk, mereka sudah tahu mereka gemuk.

Mereka juga sering mendengarnya daripada kawan-kawan mereka yang lain setiap hari. Rumah seharusnya menjadi tempat yang selamat bukan tempat yang mereka rasakan akan dibuli dengan lebih banyak.

Cuba sebutkan sesuatu seperti “Saya berfikir untuk membentuk badan menjadi sihat, adakah anda mahu mencubanya dengan saya? Saya tidak mahu melakukannya sendiri.”

Semua yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi bahagian penting dalam jiwa anak anda. Cara kita bercakap dengan anak-anak kita menjadi suara dalaman mereka. Berikan kata-kata yang memotivasikan mereka bukan yang meruntuhkan jiwa mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca