PROTON Raih Angka Jualan Tertinggi Sebanyak 18.1 Peratus

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) berjaya mencapai angka tertinggi dengan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) tempatan sebanyak 18.1 peratus.

Pengeluar kereta nasional itu mengatakan sejumlah 7,615 unit kenderaan telah berjaya dijual pada bulan Jun, di mana pada bulan yang sama juga ia menunjukkan TIV pasaran automotif Malaysia menguncup kepada 30.8 peratus iaitu sebanyak 42,090 unit kenderaan.

“Sebagaimana lazimnya bagi jualan automotif Malaysia, wujud penurunan ketara jumlah kenderaan selepas musim perayaan.”

“Namun PROTON sebaliknya mencatat aliran berbeza apabila jualan meningkat sebanyak 23 peratus berbanding Jun tahun lalu yang membantu kita berada di tangga kedua untuk bulan ketiga berturut-turut,” katanya.

Jumlah setakat ini menjadikan pasaran PROTON sebanyak 14.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 10.8 peratus sahaja.

PROTON X70 telah merekodkan jumlah penghantaran sebanyak 15,175 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) pada separuh pertama tahun ini.

Jualan model lain seperti Proton Saga juga terus berkembang dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,541 unit. Ia turut menyumbang kepada pertumbuhan jumlah jualan sebanyak 27 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Model lain yang kini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar turut mencatat prestasi yang memberangsangkan apabila tempahan bagi model seperti Persona, Iriz dan Exora 2019 pula merekodkan peningkatan purata sebanyak 108 peratus, 180 peratus dan 135 peratus berbanding sebelum ini.

PROTON akan memberi tumpuan dengan memperluaskan pasaran menerusi pelancaran model-model baharu dan mempertingkatkan sistemnya sebagaimana dijanjikan pada awal tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton iaitu Dr Li Chunrong.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca