Protes Tak Dapat Kereta Jaguar, Lelaki Ini Selamba ‘Buang’ BMW Ke Dalam Sungai

Gara-gara tidak dapat kereta impiannya, seorang lelaki di India bertindak ‘membuang’ kereta BMW M3 yang diterima sempena hari jadinya ke dalam sungai tanpa sebarang rasa bersalah.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Akash dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati tidak dihadiahkan kereta Jaguar oleh ibu bapanya. Tanpa berfikir panjang, dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai sebagai tanda protes.

Difahamkan, kereta BMW itu berharga kira-kira RM206,167. Insiden itu turut dirakam dan rakaman video tersebut menunjukkan kereta itu terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing.

Menurut laporan Astro Awani, anak lelaki kepada anak tuan tanah tempatan itu kemudiannya dilihat terjun ke dalam sungai dan cuba menyelamatkan kereta tersebut dengan bantuan orang ramai.

Susulan itu, siasatan ke atas kejadian tersebut telah dilancarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Klip video itu turut menjadi tular di media sosial dan rata-rata warganet menyelar tindakan lelaki tersebut dan menyifatkannya sebagai manusia yang tidak bersyukur.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca