Protes Keganasan Polis Kini Merebak Ke 30 Bandar

Protes yang dianjurkan kerana pemergian George Floyd akibat keganasan polis di Minneapolis, Minnesota kini telah merebak ke 30 bandar yang lain.

Susulan itu, beberapa bandar telah mengisytiharkan perintah berkurung dan pasukan pengawal negara dikerah untuk meredakan keadaan.

Protes itu dikatakan memuncak ketika pegawai polis yang menyebabkan Floyd meninggal dunia telah didakwa dengan tuduhan meragut nyawa.

Menurut laporan CNN, bangunan pejabatnya di Atlanta mengalami kerosakan akibat protes.

Protes itu bertukar menjadi ganas akibat pertempuran penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan.

Motif sebenar tunjuk perasaan itu adalah bagi menuntut keadilan di atas pemergian Floyd yang meninggal dunia 25 Mei lalu.

Milwaukee, Cincinnati dan Denver mengisytiharkan perintah berkurung susulan protes yang semakin memburuk.

Di Texas pula, penunjuk perasaan menutup lebuh raya manakala di beberapa bandar lain protes berlangsung dengan aman.

Untuk pengetahuan semua, pemergian George Floyd ini menggoncang dunia selepas tularnya video empat anggota polis dilihat membiarkan beliau tidak boleh bernafas selepas ditekan lehernya dengan lutut.

Dikatakan, peguam sivil itu ditahan kerana menyerupai seorang suspek kes pemalsuan.

Pemergian ini juga telah membuatkan gerakan #BlackLivesMatter dan #JusticeForGeorgeFloyd menjadi trending di Twitter.

Pemergian beliau juga dikaitkan dengan isu perkauman. Hal ini demikian kerana, menurut mereka terlalu ramai keganasan yang dilakukan oleh polis terhadap komuniti kulit hitam di sana.

Semestinya kejadian ini menjadi satu sejarah di mana ia menerima sokongan yang ramai daripada seluruh dunia. Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan perkara yang rasis sehingga boleh meragut nyawa orang lain.

Keadilan perlu dituntut dan semua manusia tidak kira warna kulit, bangsa atau agama perlu dilayan dengan sama rata.

Untuk membaca artikel lain berkaitan protes, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca