Sama ada anda seorang pencinta buku ataupun tidak, anda pasti kenal dan tahu akan jenama Lejen Press. Lejen Press adalah satu syarikat penerbitan buku alternatif urban Malaysia yang menerbitkan beberapa buah buku bestseller seperti Awek Chuck Taylor, trilogi Uqasha dan Creepyposta.
Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-61 pada 31 Ogos nanti, Lejen Press telah mengadakan promosi untuk buku-buku dan produk-produk keluarannya. Promosi ini bakal bermula dari 27 Ogos 2018 hingga 30 September 2018. Bukan hanya buku, syarikat penerbitan ini juga mengeluarkan produk-produk cenderamata seperti buku nota dan t-shirt.
Untuk 100 pelanggan terawal sepanjang tempoh promosi berlangsung, anda layak untuk mendapatkan pelekat kereta I Am Lejen dengan harga RM 2 setiap satu. Selain itu, diskaun RM 5 akan diberikan kepada 1000 pelanggan terawal yang melakukan transaksi pembayaran dengan aplikasi GrabPay.
Anda meminati karya tulisan Nami Cob Nobbler, Tere Liye dan Jeffrey Zain tetapi tidak berkesempatan untuk memiliki kesemua karya penulis-penulis hebat ini? Jangan risau kerana bersempena dengan Merdeka Promo ini, terdapat juga promosi kombo penulis – 2 buah buku untuk RM 30.
Antara promosi-promosi lain adalah:
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk promosi-promosi ini dari 27 Ogos 2018 hingga 30 September 2018. Singgah ke I Am Lejen Shop di SS15, Subang Jaya untuk merasai keseronokan berganda Merdeka Promo Lejen Press ini. So, spread the words and don’t miss out the chance!