Promosi Menarik Di SOGO Sempena Bulan Kemerdekaan

Sama ada anda tinggal di Kuala Lumpur atau di luar Lembah Klang, pasti anda tahu akan kewujudan pusat membeli-belah bernama SOGO yang terletak di Kuala Lumpur. Di sinilah tempat membeli-belah yang mempunyai banyak barang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. SOGO juga berdekatan dengan stesen LRT Bandaraya. Jadi, kepada yang tinggal di luar negeri, tak perlu susah-susah datang naik kereta, datang sahaja menggunakan pengangkutan awam.

Sempena hari kemerdekaan ini, SOGO KL bakal mengadakan promosi kemerdekaan yang menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.

Lejen Press juga turut tersenarai di dalam salah satu jenama yang terlibat di dalam promosi ini tapi apa yang menariknya, Lejen dengan kerjasama Lightbulb dan beberapa jenama lain akan terlibat dalam promosi yang dinamakan sebagai ‘I AM MALAYSIAN’.

Promosi ini boleh didapati di tingkat 3, SOGO KL daripada 21 Ogos hingga 17 September, daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pastikan anda mendapatkan buku dan baju keluaran Lejen Press pada hari-hari berikut iaitu pada 21 Ogos hingga 17 September. Jadi apa tunggu lagi? Jumpa anda di sana!

Artikel Lain Untuk Di Baca