Promosi Budaya Malaysia, Filem Mechamato Di Pawagan 8 Disember

Filem animasi Mechamato bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, termasuk Brunei, bermula 8 Disember ini.

Sumber: Animation Xpress

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak, filem animasi 3D Mechamato merupakan sebuah naskhah karya tempatan yang sarat dengan budaya di Malaysia.

“Ini adalah cita-cita Monsta untuk perkasakan budaya dan tempat di Malaysia,” katanya.

Antara promosi budaya Malaysia yang didedahkan ialah seni bina Bandar Hilir dan Kota Melaka, persembahan silat termasuk elemen tradisional seperti destar, keris, beca, dan makanan tradisi seperti karipap.

Selaku pengarah dan penulis Mechamato, Nizam meletakkan harapan besar agar penonton Malaysia memberikan sokongan penuh kepada filem ini. Beliau juga menyasarkan jualan tiket sebanyak RM 30 juta.

Sumber: Astro Awani

Tambahan beliau lagi, filem ini akan segera ditayangkan di luar negara pada tahun 2023 kerana Mechamato telah meraih kejayaan luar biasa selepas menembusi 65 buah negara di seluruh dunia sejak Disember 2021.

Pelbagai pengajaran yang boleh penonton saksikan menerusi filem ini antaranya percaya kepada kebolehan diri, keberanian mencuba dan berusaha tanpa mudah berputus asa,” katanya kepada Astro Awani.

Mechamato terbitan Monsta dan Astro Shaw akan ditayangkan di 150 pawagam di Malaysia dan trailer rasmi pertama telah dimuat naik di saluran Youtube Monsta pada 1 Januari 2021.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca