Promosi Book Buffet Di I Am Lejen Shop Bakal Melabuhkan Tirai 1 Mei Ini

Pasti ramai pembaca di sini yang gemarkan diskaun. Siapa sahaja yang tidak suka apabila berbelanja sedikit tapi boleh dapat lebih, betul tak? Kepada mereka yang pernah menjejakkan kaki di I Am Lejen Shop yang bertempat di SS15, Subang Jaya mesti tahu tentang promosi Book Buffet.

Apa itu Book Buffet? Ia merupakan salah satu promosi yang terdapat di I Am Lejen Shop di mana para pelanggan boleh sumbat sampai penuh dengan harga RM50 sahaja (harga ahli). Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke I Am Lejen Shop, sumbat sampai penuh bermakna anda boleh ‘menyumbat’ seberapa banyak buku menggunakan bekas yang telah disediakan.

Kepada mereka yang bukan ahli, jangan risau. Anda juga layak untuk mendapatkan promosi ini cuma dengan harga RM55. Alang-alang, lebih baik kalau anda semua jadi ahli terus, cuma RM20 sahaja seumur hidup! Tempat lain mana nak dapat kan?

Promosi Book Buffet ini akan berakhir pada 1 Mei ini. Jadi, anda semua ada kurang dari 1 minggu sahaja untuk menikmati promosi ini! Selepas ini, Book Buffet bakal melabuhkan tirai. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya! Lambat-lambat nanti menyesal.

Jika anda ingin datang ke I Am Lejen Shop dengan menggunakan kereta, anda boleh menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps dengan carian I Am Lejen Shop. Manakala, jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh naik LRT dan turun di stesen SS15 yang hanya terletak kira-kira 50 meter sahaja dari kedai.

Selamat Melejen!

Artikel Lain Untuk Di Baca