Projek Sabun Mainan 2019 kembali lagi untuk kali kedua. Ia merupakan kolaborasi di antara Putra Bakti UPM dan Kembara Insani (NGO)  iaitu pengasas kepada projek sabun mainan tersebut dan objektif untuk projek ini adalah ‘Community, Social and Entrepreneur.’ Berikut merupakan perkongsian daripada  Ana Mansor menerusi akaun Twitter miliknya.

Credit: Akaun Twitter Ana Mansor

Projek  ini merupakan inisiatif  daripada Kembara Insani bagi memupuk kesedaran tentang menjaga kebersihan dalam kalangan kanak-kanak terutamanya di luar bandar.

Bagaimana projek ini dijalankan:

1. Mereka akan mengadakan bengkel membuat sabun kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi usahawan sabun. Di samping itu, sabun ini dijadikan sebagai salah satu bahan di dalam Hygiene Packs.

2. Mengadakan aktiviti kesedaran tentang kebersihan di kawasan luar bandar. Contohnya, Kudat dan Semporna. Sabun akan diberikan kepada kanak-kanak dalam menggalakkan mereka menjaga kebersihan dan permainan dalam sabun ini dijadikan sebagai reward.

Bagi menjayakan projek ini, mereka mensasarkan 400 jenis permainan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, mereka amat memerlukan sumbangan daripada orang ramai dari segi barangan atau kewangan.

Jika anda ingin memberikan sebarang sumbangan bolehlah menghubungi Encik Hisham di alamat berikut:

Hisham Bin Misripin
No 33, Jalan Kristal 7/777, 40000 Shah Alam atau hubungi beliau di talian: En. Hashim – 013-3315257

Anda juga boleh WhatsApp Encik Mus di talian: 017-7331538

Semoga para pembaca yang membaca artikel ini dapat memberi sumbangan dan kongsikan informasi ini kepada semua orang.

Jangan lupa ikuti Telegram Lejen Press. Segala maklumat menarik menanti anda.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry