Program Tukar Sampah Dengan Syiling Emas Bagi Memulihara Alam Sekitar

Pihak berkuasa Kabupaten Raja Ampat telah menawarkan syiling emas kepada masyarakat sebagai pertukaran untuk sampah sarap. Inisiatif ini diambil bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu kekal bersih.

Menurut laporan media tempatan, bersempena dengan Festival Bahari (Maritime Commemoration) yang bakal diadakan pada 19 hingga 22 Oktober ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.

Menurut Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat iaitu Ranny Iriani Tumundo, program yang akan mengambil tempat di Pantai Raja Ampat itu sekali gus dapat mendidik masyarakat setempat dan pelancong betapa pentingnya untuk memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat itu memang cukup terkenal dalam kalangan penyelam kerana keindahan batu karang dan panorama kepulauan yang memukau.

Malah, kepulauan yang terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta juga diiktiraf sebagai ‘syurga laut’ tercantik di dunia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca