Produksi Perfileman Perlu Berhenti Kerah Kru, Sharnaaz Ahmad Bersuara

Sharnaaz Ahmad luahkan rasa tidak puas hati dengan produksi filem yang masih lagi menggunakan tenaga kru secara berlebihan.

Kebanyakan produksi perfileman sudah terbiasa dengan adanya kru yang tidak ambil kisah tentang jangka masa mereka bekerja.

Kes ini sudah lama diperkatakan tetapi sebagai kru, ada yang tidak mampu untuk bersuara dan ada juga anggap ini hanyalah lumrah bekerja dalam perfileman.

Kebiasaan ini sememangnya bahaya kerana penerbit-penerbit yang masih lakukan sedemikian tidak peka tentang hak pekerja dan memberi harapan yang tinggi kepada kru yang dalam kepenatan.

Semalam, Sharnaaz Ahmad kongsikan pendapatnya tentang isu ini di Instagram story.

Pelakon itu berang kerana “budaya” perfileman ini masih dilakukan sehingga kini.

“Penerbit tamak hendak jimat kos, membuat penggambaran lebih masa, artis dan kru tidak mampu untuk bekerja kerana penat. Kemudian, pengarah dan penerbit tarik muka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan dan pemantauan dari pihak atasan perlu dibuat agar indusri tidak hancur akan kelakuan sebegini.

“Kalau nak lajak 14 jam masih boleh terima, bukan hari-hari!,” marah Sharnaaz.

Pelakon tersebut bersuara untuk semua yang terlibat kerana kes ini tidak akan berhenti jika tiada yang mahu membantah.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca