Produk Yang Menggunakan Iklan Lucah di Lebuhraya Telah Dirampas oleh pihak KKM

Sebut sahaja iklan ubat di media cetak dan media sosial pasti tergambar di minda ubat kurus, ubat kuat, ubat penyakit 3 serangkai, ubat kanser, ubat pemutih kulit, ubat hilangkan jerawat dan sebagainya. Tidak kurang pula pelbagai makanan atau jus kesihatan dengan pelbagai tuntutan perubatan dimuatkan dalam iklan tersebut samata-mata untuk memancing perhatian umum.

Bagi pihak penjual pula strategi pemasaran yang menarik penting untuk menambat hati orang awam di luar sana agar mereka membeli produk yang diiklankan. Teknik pencahayaan, mimik muka, teknik ‘superimposed’, teknik ‘editing’ antara cara yang digunakan bagi membezakan gambar sebelum dan selepas pengguna produk. Terdapat  juga iklan-iklan yang disiar menunjukkan keintiman suami isteri dengan dialog-dialog dan posisi gambar yang tidak sopan.

Melalui satu post daripada Twitter, pemilik akaun Dr. Afiq Rahim berkongsi tentang produk kesihatan lelaki yang dahulu pernah menjadi viral kerana mendapat kecaman dari netizen kerana iklan mereka berbaur lucah dan mendakwa produk kejantanan mereka mampu mengekalkan kesannya sehingga waktu subuh telah dirampas oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF). Menurut beliau produk-produk tersebut dirampas kerana disyaki tidak berdaftar. Dua produk dikesan mengandungi racun Sildenafil dan Tadalafil iaitu Kama Max Booster with Extrak Ginseng mengandungi racun Sildenafil manakala Kopi PLG mengandungi racun Tadalafil.

Selain dari  itu turut ditemui ialah produk yang disyaki tidak berdaftar dengan KKM iaitu, Gambir Emas Performance Gel dengan Estrak Ginseng, Gambir Emas Performance Gel, G.E Herbs Performance Oil dan Kama-Max Performance Spray. Kesemua produk yang dianggarkan bernilai RM 300,000 telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.

1. Apa itu Sildenafil & Tadalafil?

Sildenafil & Tadalafil merupakan sejenis racun kumpulan B yang hanya boleh digunakan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan berdaftar. Ia  boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti serangan jantung yang boleh membawa maut.

2.  Saya dah terbeli produk ini. Apa yang perlu saya lakukan?

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran adalah produk yang berdaftar.

3. Sekiranya sudah terbeli atau terguna, boleh menghentikan pengambilan produk dan sekiranya mempunyai kesan sampingan daripada produk tersebut, segera ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

4. Bagaimana cara untuk menyemak kesahihan sesuatu produk kesihatan?

Ada tiga cara mudah iaitu
1. Menyemak produk dengan melayari http://www.npra.gov.my .
2. Menghubungi NPRA di talian 03-78835400.
3. Memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store.

5.Orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan berkenaan produk kesihatan kepada pihak BPF, KKM melalui dua cara mudah iaitu:

1. Melaporkannya di laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my 

2. Melaporkannya melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my

Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan pembaca untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan iklan produk kesihatan.

Artikel Lain Untuk Di Baca