Syarikat-syarikat di Malaysia kini semakin ghairah untuk mengeluarkan produk yang lain daripada lain sehingga sanggup mengeluarkan produk yang tidak masuk akal dan membahayakan.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah syarikat mengeluarkan produk ‘tuala wanita ajaib’ yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit dalaman seperti menguatkan otot pelvis wanita serta boleh merawat kawalan kencing wanita.

Apa yang membuatkan para warganet bertambah berang adalah apabila produk tersebut turut diberi peluang oleh satu rancangan di televisyen untuk membuat promosi dan ulasan berkenaan produk itu.

Hal ini turut mendapat perhatian pakar perubatan di Malaysia dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjelaskan kepada orang ramai agar tidak mempercayai produk tersebut. Salah seorang daripadanya ialah Dr.Imelda Balchin yang memberi komen di akaun Facebook peribadinya.

Manakala, Dr. Amalina Bakri turut menyokong pandangan yang diutarakan oleh Dr.Imelda itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Berkongsi pandangan yang sama, pakar perubatan Dr. Rusyainie turut meluahkan tentang perkara tersebut menerusi akaun Facebook miliknya, beliau menegaskan bahawa tuala wanita ajaib ini tidak boleh menyembuhkan penyakit dan menguatkan otot pelvis.

Kepada para pembaca tolonglah jangan mudah terpedaya dengan iklan atau mulut manis jurujual produk-produk sebegini. Jadilah pengguna yang bijak. Sayangi diri anda!

Sumber: Twitter

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry