Produk Tepung Beras Mampu Beri Seri Pada Wajah

Selain letih menjalani rutin harian hidup, aspek penjagaan wajah perlu dijaga. Dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) tepung beras tersebut mampu dijadikan masker dalam membuat rawatan kecantikan pada wajah sendiri hanya di rumah.

Berikutan produk tepung beras ini merupakan produk yang tidak perlu mengeluarkan wang belanja yang besar untuk membeli masker.

Masker ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mengecilkan liang pori wajah dan menghaluskan kulit serta mencerahkan kulit wajah yang kusam. Ini merupakan salah satu produk yang paling mudah dan cepat dilakukan.

Antara khasiat yang ada pada tepung beras ialah:

1. Menyerap minyak berlebihan di muka
2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
3. Tiada bahan kimia
4. Mengurangkan jerawat dan jeragat
5. Menghilangkan lingkaran gelap di bahawa kelopak mata
6. Menanggalkan sel-sel kulit mati
7. Menyerikan kulit muka

Bahan-bahan:

1. Anda perlu menyediakan tepung beras
2. Menyediakan Air yang bersih
3. Menyedikan Mangkuk atau bekas yang bersesuaian

Cara-caranya:

Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk atau bekas. Lalu campurkan air bersama. Kacau sehingga sebati. Lalu siap sepenuhnya.

Apa yang penting anda perlu mengenali produk yang sesuai bagai wajah anda kemudian anda boleh menggunakannya dengan selamat dan tiada batas.

Jika ingin wajah berseri amalkan selalu!

Artikel Lain Untuk Di Baca