PRN Melaka: Pertama Kali Seorang Wanita Dicalonkan, Kenali 3 Calon Ketua Menteri Melaka

Setelah berteka-teki mengenai siapakah calon Ketua Menteri Melaka daripada Perikatan Nasional, pengerusinya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon bagi DUN Tanjung Bidara merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri bagi gabungan tersebut.

Sekiranya Perikatan Nasional berjaya memenangi pilihan raya negeri Melaka, Mas Ermieyati bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang akan mentadbir sebuah negeri di Malaysia.

Dua lagi gabungan utama iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan telah mengumumkan calon Ketua Menteri masing-masing lebih awal. BN mengumumkan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang juga Ketua Menteri sebelum DUN dibubarkan manakala bekas Ketua Menteri ke-11, Adly Zahari adalah calon Ketua Menteri bagi Pakatan Harapan.

Berikut adalah biodata ringkas ketiga-tiga calon Ketua Menteri tersebut.

1. Mas Ermieyati Samsudin

Tarikh lahir: 13 November 1976

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Asia E Malaysia (AeU)

Pengalaman:

i) Ahli Parlimen Masjid Tanah (2013-kini)

ii) Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (Mac 2020-kini)

iii) Ketua Bahagian PPBM Masjid Tanah (2020-kini)

iv) Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (2021)

v) Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (2015-2018)

vi) Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka (2006-2013)

2. Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

Tarikh lahir: 20 Disember 1965

Pendidikan:

i) Profesional Sarjana Pengurusan Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom

ii) Kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Pengalaman:

i) Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah

ii) Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Melaka (2014-2018)

iii) Berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 26 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas

iv) Ketua Menteri Melaka (2020-2021)

v) ADUN Lendu (Mei 2013-kini)

3. Adly Zahari

Sumber: Instagram Adly Zahari

Tarikh lahir: 15 Februari 1971

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pengalaman:

i) Pengerusi Pakatan Harapan Melaka (2017-kini)

ii) Pengerusi Parti AMANAH Negeri Melaka (2015-kini)

iii) ADUN Bukit Katil (2018-kini)

iv) Ketua Menteri Melaka (2018-2020)

Pada pendapat anda, adakah Mas Ermieyati bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang akan mentadbir sebuah negeri di Malaysia?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca