Presiden UAE Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

Presiden Emiriah Arab Bersatu dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, telah meninggal dunia pada May 13 2022, lapor agensi berita negara Emirati WAM pada umur 73 tahun.

“Kementerian Hal Ehwal Presiden mengumumkan bahawa akan ada 40 hari berkabung rasmi dengan bendera separuh tiang dan tiga hari penutupan kementerian dan entiti-entiti rasmi pada ketiga-tiga peringkat: persekutuan, tempatan dan sektor swasta,” agensi itu menulis di sebuah hantaran Twitter pada hari Jumaat .

Sumber: WAM English

Semenjak diserang strok pada tahun 2014, Sheikh Khalifa jarang dilihat di khalayak ramai. Sekali dengan abangnya juga, Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed (dikenali sebagai MBZ) yang dikirakan sebagai pemerintah de facto dan pembuat keputusan keputusan dasar luar negara (seperti menyertai perang pimpinan Arab Saudi di Yaman dan menerajui sekatan ke atas negara jiran Qatar) semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

“UAE telah kehilangan seaorang anak soleh, seorang pemimpin negara pada fasa ‘pemerkasaannya’, dan penjaga perjalanan yang diberkati,” kata MBZ yang memuji kebijaksanaan dan kemurahan hati Khalifa di Twitter.

Di bawah perlembagaan, Naib Presiden dan Perdana Menteri Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai, akan bertindak sebagai presiden sehingga majlis persekutuan yang tugasnya mengumpulkan ketujuh-tujuh pemerintah emiriah untuk bertemu dalam masa 30 hari supaya dapat melaksanakan proses pemilihan presiden baharu.

Ucapan takziah mula mencurah-curah daripada pemimpin Arab, termasuk raja Bahrain, presiden Mesir dan perdana menteri Iraq.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken menyampaikan ucapan takziah keatas kematian Sheikh Khalifa, yang disifatkannya sebagai “sahabat sejati Amerika Syarikat”.

“Kami amat menghargai sokongannya dalam membina sebuah persahabatan luar biasa yang dapat dinikmati oleh negara kita sehingga hari ini. Kami meratapi pemergiannya, menghormati legasinya, dan kekal komited terhadap persahabatan dan kerjasama teguh kami dengan Emiriah Arab Bersatu,” katanya.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Sheikh Khalifa.

“Saya sebagai wakil merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada Raja-Raja, Emirates dan rakyatnya bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia” katanya dalam sebuah hantaran Facebook.

.Saifuddin berkata kehidupan dan kepimpinan Sheikh Khalifa telah banyak menyumbang kepada kemajuan luar biasa UAE dan telah meningkatkan kedudukan negara kepada keadaan sekarang.

“Saya amat sedih mendengar berita kematian Yang Teramat Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi.

“Semoga Allah menerima dan merahmatinya dengan Jannah-Nya,” katanya.

Artikel Lain Untuk Di Baca