Presiden Perancis Ditampar Ketika Menyapa Orang Awam

Presiden Perancis, 'Turun Padang', Macron Ditampar Oleh Orang Awam
presiden-perancis-ditampar-ketika-bertemu-dengan-orang-awam
Sumber: Reuters

Baru-baru ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron ditampar ketika menyapa orang awam dan menyifatkan ianya satu ancaman keselamatan yang mencetuskan kecaman berleluasa menjelang pilihan raya daerah pada bulan ini.

Macron menghampiri penghadang untuk menyapa dan bersalaman dengan pengundi. Tanpa disedarinya, seorang lelaki memakai baju kemeja hijau memegang siku dan bercakap dalam masa satu minit sebelum menamparnya.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lantas pengawal keselamatan Macron mengawal keadaan sekali gus menahan dua orang yang terlibat dalam insiden itu.

Sumber: Twitter (@PoliticsForAll)

“Sekitar pukul 1.15 tengah hari, presiden telah memasuki kereta setelah melawat sebuah sekolah menengah, tetapi keluar semula kerana hadirin memanggilnya. Ketika beliau mendekati mereka, insiden tersebut berlaku”. Memetik pernyataan daripada wakil wilayah Drome.

Menurut pejabat pendakwa raya tempatan, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan untuk disoal siasat dan motif mereka berbuat sedemikian masih belum diketahui.

Bermula serangan yang berlaku di perkampungan Tain-I’Hermitage menimbulkan kemarahan dalam kalangan ahli politik dan memberi impak pada lawatan Macron dengan tujuan mendengar suara “nadi negara”.

“Politik tidak boleh disifatkan sebagai satu keganasan, serangan lisan, apatah lagi keganasan fizikal. Demokrasi ialah sasarannya melalui presiden ini”, ucap Perdana Menteri Jean Castex di parlimen.

Melalui rakaman video tersebut, menunjukkan lelaki itu memegang muka presiden dan dijelaskan oleh seorang pembantu bahawa insiden tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan menampar. Bukan itu sahaja, dalam video tersebut dapat didengari seseorang menjerit ‘pergi dengan Macronisme!’

Sebelum insiden berlaku, Macron ditemu ramah untuk memberi komen terhadap ucapan pemimpin berhaluan kiri Jean-Luc Melenchon, bahawa pilihan raya tahun hadapan akan dimanipulasi.

“Kehidupan demokratik memerlukan ketenangan dan hormat daripada semua orang, rakyat mahupun ahli politik,” kata Macron.

Sungguhpun pengkritik tegar, beliau tetap mempertahankannya pada Selasa lepas dan ia merupakan detik yang jarang berlaku bagi menyaksikan perpaduan sebuah negara.

“Sokongan bersama presiden”, kata Melenchon menyebelahi Macron.

“Tamparan tersebut tidak boleh diterima dengan bulat-bulat dan ianya perbuatan mencela demokrasi”. Memetik kenyataan daripada Le Pen.

Sehubungan daripada insiden tersebut, ia turut menimbulkan perdebatan dalam Perancis yang telah merosakkan suasana politik berbaki tinggal dua minggu sahaja lagi daripada pusingan pertama pilihan raya.

“Ketegangan akan wujud di mana-mana pihak,” kata ketua parti MP, Petrick Vignal.

“Kempen ini rosak atas sebab keperibadian. Tidak ada sesiapapun akan muncul sebagai pemenang”. Memetik laporan Agence France-Presse (AFP).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca