Presiden Filipina Cadang Suntik Golongan Antivaksin Dengan Vaksin Ketika Mereka Tidur

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tampil dengan sebuah cadangan kontroversi di mana beliau menyarankan golongan yang tidak mahu menerima suntikan ataupun masih ragu-ragu berkenaan vaksin COVID-19 wajar disuntik ketika mereka tidur.

Memetik laporan Tass, Rodrigo berkata menerusi temu bual yang disiarkan saluran PTV, “Saya tahu ramai yang masih tidak mahu menerima suntikan vaksinasi dan itulah masalahnya.

Masalahnya ialah mereka yang tidak mahu mengambil suntikan vaksinasi. Cari mereka di kampung anda. Ayuh pergi ke rumah mereka dan suntik vaksinasi ketika mereka tidur supaya kita boleh menyelesaikan masalah ini.

Sekiranya mereka berdegil dan masih tidak mahu disuntik, ayuh pergi ke rumah mereka dan suntik mereka ketika malam menjelang tiba. Saya sanggup buat, saya akan memimpin dengan cara itu.”

Sumber: Euronews

Selain daripada suntikan vaksinasi, Rodrigo turut menekankan kepentingan penjagaan kendiri seperti memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Rodrigo turut mengumumkan usaha untuk meluluskan akta undang-undang yang membenarkan individu melanggar kuarantin COVID-19 untuk dihantar ke penjara. Selain itu, beliau turut menyatakan peserta himpunan keramaian juga bakal dikenakan hukuman penjara.

Untuk rekod, Jabatan Kesihatan Filipina telah berulang kali menekankan bahawa suntikan vaksinasi tidak diwajibkan. Hal ini demikian kerana suntikan vaksinasi memerlukan persetujuan individu tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca