‘Prank’ Tinggalkan Anak Seorang Diri Di Pusat Beli-Belah, Isteri Baim Wong Dikecam

Isteri pelakon terkenal Indonesia Baim Wong iaitu Paula Verhoeven menerima kecaman hebat selepas melakukan prank terhadap anak sulungnya.

Sekiranya anda menonton video YouTube tersebut, prank itu dilakukan ketika Paula dan anaknya bernama Kiano Tiger Wong sedang berkunjung ke pusat beli-belah.

Sumber: Instagram @paula_verhoeven

Isteri pelakon Bukan Diriku itu kemudiannya meninggalkan Kiano seorang diri lalu berpura-pura ke tandas.

Walau bagaimanapun, Paula hanya menyorok sambil melihat telatah anaknya yang berusia empat tahun itu sedang berjalan bersendirian.

Sumber: YouTube Baim Paula

Wanita itu menjelaskan bahawa dia hanya berniat mahu melihat reaksi Kiano dan ingin memberikan pengajaran kepada putera sulungnya untuk mengendalikan situasi seperti itu.

Sumber: YouTube Baim Paula

Tindakan Paula bagaimanapun telah mengundang kecaman warganet walaupun prank itu telah dirancang dan terdapat ramai kru yang menyamar untuk mengawasi Kiano.

Memetik laporan OhBulan, Baim dan Paula pernah mencetuskan isu sama sebelum ini iaitu prank terhadap pihak polis tentang keganasan rumah tangga semata-mata untuk meraih perhatian penonton di YouTube.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca