Prank Tekup Kek Untuk Sosial Eksperimen, Ini Teguran Ustaz Azhar Idrus

Kecoh di media sosial beberapa hari lepas mengenai penularan video TikToker, Daing Ellando yang melakukan prank menekup sebiji kek di muka seorang wanita sehingga mengundang kecaman ramai pihak.

Sumber: Malay News

Selepas teruk dikecam, Daing membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan merupakan prank bagi program Raja Viral serta sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.

Perkara itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menerangkan hukum prank atau bergurau daripada sudut agama Islam.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official

Menurut beliau, kita perlu menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam bergurau. Rasulullah tidak bergurau seperti kita yang hilang akal demi banyak view sehingga menjadi haram.

Jelas Ustaz Azhar lagi, tiada salahnya untuk merakam video bagi dimuatkan sebagai konten di media sosial, asalkan tidak meninggalkan dua perkara asas iaitu iman dan Islam.

“Maksud iman jangan lari dari akidah. Maksud Islam ikut pantang larang halal haram.”

Sumber: Harian Metro

“Buat konten yang baik. Contohnya, kita pandai mencandat sotong. Tunjuklah dalam video beberapa minit. Itulah caranya buat yang baik.

“Atau ambil ayat al-Quran, ambil tafsir al-Quran, baca maksud ayat…dua minit. Duit dapat, boleh berdakwah lagi,”

“Ini buat prank, nampak aurat lagi… semua haram. Jadi berpada-pada jangan melampaui batas,” nasihat beliau.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca