‘Prank’ Berpakaian Hantu, Wanita Maut Ditembak Jiran

Gurauan seorang wanita yang berpakaian seperti hantu telah mengundang padah apabila dia ditembak mati oleh jirannya.

Wanita yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun itu maut ditembak di Naucalpan de Juarez di Mexico.

Mangsa dikatakan telah memakai gaun berwarna putih untuk menyerupai La Llorona, yang merupakan legenda rakyat Mexico.

Legenda La Llorona mengisahkan seorang wanita yang berkeliaran di jalan sambil menangisi kematian anak-anaknya.

Berdasarkan legenda tersebut, makhluk tersebut itu merupakan roh wanita yang tidak tenang kerana telah melemaskan kedua-dua anaknya di sebuah sungai ketika mengamuk selepas melihat suaminya bersama wanita lain.

Menurut penduduk di kawasan tersebut, mangsa dikatakan berlari sambil mengilai dan menjerit ay mis hijos yang bermaksud wahai anak-anakku.

Sumber: Harian Metro

Seorang penduduk sempat merakam kelakuan wanita tersebut sebelum ditembak beberapa kali oleh seorang jiran yang sedang ketakutan.

Suspek kemudiannya dikatakan melarikan diri setelah melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Buat masa ini, pihak polis masih belum mendedahkan identiti mangsa dan tiada sebarang aktiviti penangkapan berhubung kejadian berkenaan dilaporkan.

Pihak berkuasa sudah memulakan penyiasatan berkaitan kejadian yang mengejutkan itu.

Dalam pada itu, video yang sempat dirakam oleh penduduk telah tular di media sosial dan beberapa gambar yang menunjukkan mangsa turut tersebar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca