Pra-Tempah Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck Tulisan Nami Cob Nobbler Dibuka Sekarang

Selepas 20 jam dibuka untuk pra-tempah, novel terbaru yang diumumkan oleh Lejen Press tulisan Nami Cob Nobbler berjudul Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck mendapat sambutan yang cukup menggalakkan melalui tempahan secara atas talian. Dijadualkan akan membuat penampilan pertama serentak di I Am Lejen Shop dan Pesta Buku Selangor 2019, Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck jelas mendapat respon positif setakat ini.

“Semua pembaca Rumah No.6 mesti tak akan lepaskan peluang untuk dapatkan novel ini,” ujar Nami ketika ditemui di Bandar Utama, Petaling Jaya.

“Sekian lama saya menulis, sokongan pembaca dengan membeli setiap novel saya adalah kepuasan dan kekuatan untuk saya terus menulis. Terima kasih in advance kepada semua bakal pembaca Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck! Saya hargai semuanya.” tambah Nami yang berpegang kepada motto hidup, ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ sambil tersenyum simpul.

Jika anda masih ingat novel Rumah No.6, Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck ini adalah kesinambungan kepada novel tersebut. Ia adalah novel siri ke-2 Cheras Perdana.

Untuk mendapatkan novel terbaru ini, anda boleh membuat pra-tempah melalui web Lejen.my atau WhatsApp Lejen.

Ada 3 pakej pra-tempahan Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck tulisan Nami Cob Nobbler:

1. TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

2. KOMBO TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

3. KOMBO 3 BUKU: TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2) + RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1) + SATU JUDUL BUKU NAMI YANG LAIN

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

Tarikh pra tempahan dengan harga super istimewa ini dibuka sehingga 28 Februari 2019 sahaja.

Jadilah 100 yang terawal mendapatkan buku ini!

SINOPSIS TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK (SIRI CHERAS PERDANA 2):

Tahu tak cerita kapal van der Wijck yang popular tu? Betul ke ia berdasarkan kisah benar? Mesti ada sebab kenapa kapal itu tenggelam, adakah ia disengajakan?

Adli menjumpai sekeping peta lama yang menunjukkan lokasi kapal van der Wijck itu tenggelam. Dia dan rakan-rakan ke kampung Eleena di Melaka kerana kakak saudaranya, Merlina Hashim dikatakan mempunyai peta sambungan. Namun, mereka dikejar segerombolan pengganas yang mahu merampas peta tersebut.

Berbekalkan buku Hamka di tangan serta semangat setiakawan yang tinggi, Adli, Eleena dan rakan-rakan berusaha menyelamatkan peta harta karun mereka daripada terjatuh ke tangan pengganas.

SINOPSIS RUMAH NO.6 (SIRI CHERAS PERDANA 1):

Nama saya Julia binti Hashim. Saya berusia 25 tahun. Saya suka membaca novel thriller.

Haiwan peliharaan saya ialah mentadak mentadu. Makanan kegemaran saya, yang pedas, tapi halal. Tokoh kegemaran saya ialah Bill Clinton, Dr Mahathir dan Lady Diana.

Nak jadi sahabat pena saya? Telefon saya, 03-9045152

Ikhlas,

Julia,
Rumah No.6,
Cheras Perdana.

Semua pre order akan diposlajukan pada 28 Februari & 1 Mac 2019.

Artikel Lain Untuk Di Baca