Pra-Tempah Bapuk Dan Mudahnya Move On! Dibuka Sekarang

Pra-tempahan bagi dua karya terbaharu iaitu Bapuk tulisan Fazrin Jamal dan sebuah antologi cerpen yang dinamakan Mudahnya Move On! di mana terdapat 19 karya bangkit selepas putus cinta tulisan 19 penulis ternama termasuklah Nami Cob Nobbler dibuka sekarang. Kedua-dua karya ini dijadualkan akan membuat penampilan pertama serentak di I Am Lejen Shop dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL).

Kenapa anda semua wajib dapatkan buku-buku terbaharu keluaran Lejen Press ini? Pertama sekali, Bapuk bukan sekadar berkisarkan golongan ini sahaja tetapi banyak kejutan lain yang menanti anda dalam buku yang bergenrekan thriller ini. Untuk mengetahui kejutan tersebut, anda semua kenalah dapatkan buku ini. Pasti mind-blown dibuatnya!

Mudahnya Move On! pula mengetengahkan konsep bangkit selepas putus cinta atau dalam erti kata lain, move on. Buku ini sangat sesuai terutamanya untuk orang yang kecewa dalam bercinta kerana terdapat banyak tips dan kisah yang dikongsikan dalam buku ini untuk membantu mereka yang sedang berusaha untuk move on.

Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada rakan-rakan yang tengah down akibat putus cinta. Kalau anda semua ada kawan yang tengah down, bolehlah hadiahkan buku ini. Mungkin buku ini dapat mengembalikan senyumannya yang sudah lama hilang itu. Apalah sangat nilai wang ringgit RM20 ini kalau nak dibandingkan dengan melihat kawan kita kembali tersenyum ceria, betul tak?

Untuk mendapatkan novel-novel terbaharu ini, anda boleh membuat pra-tempah melalui web Lejen.my atau WhatsApp Lejen. Berikut adalah pakej-pakej pra-tempahan yang ditawarkan:

1. PAKEJ 1 (Bapuk)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

2. PAKEJ 2 (Mudahnya Move On!)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

3. PAKEJ 3 (Bapuk + Mudahnya Move On!)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

4. PAKEJ 4 (Bapuk + Mudahnya Move On! + Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck)

2 cara untuk anda membuat pra-tempahan pakej ini iaitu:

1. Melalui web Lejen.my
2. WhatsApp Lejen

Tarikh pra-tempahan dengan harga super istimewa ini dibuka sehingga 31 Mac 2019 sahaja. Jadilah antara yang terawal mendapatkan buku-buku ini!

SINOPSIS BAPUK

Inspektor Jun Kai memang tegas. Rakan sekerja sendiri pun diberi pengajaran, apatah lagi orang luar. Tak hairanlah dalam menegakkan keadilan, ramai yang jadi tak puas hati, lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya yang selalu membuat masalah selalu diberi pengecualian. Conchita, seorang cross-dresser yang menjadi kegilaan, muncul sewaktu Jun Kai berada di ambang kematian.

Bersama tiga lagi rakan mak nyah, mereka temui erti persahabatan dalam senang dan susah. Tapi semulia mana pun seorang bapuk, mesti ada yang benci. Penemuan mayat bapuk mati dibunuh dalam gulungan karpet mahal menggemparkan IPD tempat Jun Kai berpuluh tahun mencari rezeki.

Siapa kata kalau berbuat baik kita tiada musuh?

SINOPSIS MUDAHNYA MOVE ON!

Han benar, konsep cinta orang dulu dan sekarang memang jauh beza. Siapa Han? Tanyalah Dr. Cinta. Tapi kau terimalah nukilan ini sebagai hadiah untuk kau daripada aku.

Setiap pertemuan akan membuka kisah baru. Apabila putik cinta memekar, segalanya jadi indah. Dinding ego dirobohkan, bermulalah liga cinta juara. Awan pun nampak macam gula-gula kapas.

Tapi tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan. Boleh jadi apabila cinta plateau dicapai, dia berasa bosan. Boleh jadi pertemuan kalian cuma percintaan tangen yang bertemu di satu titik sebelum meneruskan perjalanan berasingan.

Apa pun situasi, kita pasti susah untuk reda bila cinta yang gagal itu dijadikan asbab garis hayat. Ada yang bertahun, tapi ada juga yang cuma ambil masa 7 hari untuk move on. Asalkan kita sedar monster yang kita nampak di cermin itu bukan versi terbaik kita, kita boleh bangkit semula.

Kita mesti merdeka sampai ke bulu-bulunya, sampai kita boleh berkata, “Sayonara, Ex.”

SINOPSIS TENGGELAMNYA HARTA KARUN VAN DER WIJCK

Tahu tak cerita kapal Van Der Wijck yang popular tu? Betul ke ia berdasarkan kisah benar? Mesti ada sebab kenapa kapal itu tenggelam, adakah ia disengajakan?

Adli menjumpai sekeping peta lama yang menunjukkan lokasi kapal Van Der Wijck itu tenggelam. Dia dan rakan-rakan ke kampung Eleena di Melaka kerana kakak saudaranya, Merlina Hashim dikatakan mempunyai peta sambungan. Namun, mereka dikejar segerombolan pengganas yang mahu merampas peta tersebut.

Berbekalkan buku Hamka di tangan serta semangat setiakawan yang tinggi, Adli, Eleena dan rakan-rakan berusaha menyelamatkan peta harta karun mereka daripada terjatuh ke tangan pengganas.

Penghantaran kepada para pembeli akan dibuat pada 2 dan 3 April 2019.

Artikel Lain Untuk Di Baca