Potret Banduan Akhir Bercahaya Dalam Gelap? Ini Kisah Penjara Pudu Yang Kini Tinggal Sejarah

Bila sebut sahaja Penjara Pudu, pasti semua pernah mendengarnya. Ia merupakan salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia. Penjara Pudu terletak di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1891 iaitu semasa zaman penjajahan British dan menempatkan kira-kira 600 orang banduan.

Selepas 101 tahun, Penjara Pudu secara rasmi ditutup pada tahun 1996 dan semua tahanan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang.

Difahamkan, sebelum Penjara Pudu wujud, tapak bangunan itu sebenarnya merupakan tanah perkuburan Cina pada masa itu. Penjara tersebut menyimpan pelbagai episod kejadian mistik yang ramai tidak tahu. Berikut kami kongsikan sisi ‘gelap’ Penjara Pudu:

1. Potret banduan akhir

Wajah yang terlakar pada lukisan potret itu milik seorang banduan akhir. Apakah yang dimaksudkan dengan banduan akhir? Ia sebenarnya merujuk kepada banduan-banduan yang akan ke tali gantung. Berbalik kepada potret tadi, ia bukan sekadar potret biasa namun terdapat kisah mistik di sebaliknya.

Banduan akhir dalam potret itu dikatakan seorang yang sangat berbakat dalam melukis. Potret itu dilukis sendiri sebelum dia dihukum gantung. Menurut beberapa sumber, potret itu dikatakan bercahaya seolah-olah ia ‘hidup’. Malah, ada juga yang mendakwa bahawa potret itu akan menangis setiap kali tiba masa banduan akhir lain dihukum gantung.

2. Bilik terakhir

Terdapat sel yang dinamakan bilik terakhir di mana ia menempatkan banduan akhir sebelum dihukum gantung sampai mati. Menurut warden yang bertugas, mereka yang ditempatkan di situ akan meraung, menangis, menjerit dan bercakap seorang diri.

Semasa proses mengosongkan sel, mereka mendakwa selalu mendengar suara sayu meminta tolong dan menangis datang dari bilik itu. Ada yang berpendapat bahawa suara itu datang daripada roh yang tidak tenteram selepas riwayatnya tamat di tali gantung.

3. Episod mistik

Kisah ini diceritakan oleh pegawai penjara sendiri. Setiap kali membuat rondaan, mereka mendakwa ada lembaga hitam yang merenung tepat ke arah mereka. Terdapat juga bayangan kanak-kanak bermain dan perempuan berjalan di tengah lorong penjara.

Pernah juga beberapa kali pegawai yang bertugas ditolak dari belakang. Namun begitu, apabila mereka toleh belakang, tiada sesiapa pun.

Kesahihan kisah-kisah di atas bagaimanapun tidak dapat ditentukan. Namun begitu, kewujudan mahkluk halus tidak seharusnya dipertikaikan kerana mereka benar-benar wujud. Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak cerita yang kami kongsikan di atas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca