Potongan 2 Bulan Gaji Jemaah Menteri Untuk Tabung COVID-19

Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan agar dua bulan gaji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri dan juga Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19 ini.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac 2020 sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran penularan wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Jelas perkara ini akan membantu seluruh rakyat untuk menangani penularan COVID-19 yang semakin merisaukan.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca