Potong Tumit Kaki Demi Kasut Kaca, Ini 7 Perkara Yang Berbeza Tentang Kisah Puteri Disney ‘Cinderella’

Kisah Cinderella seperti yang dipaparkan Disney adalah berkisar tentang seorang gadis malang yang didera oleh ibu dan kakak tirinya. Namun begitu, Cinderella yang sebenar sama sekali bukanlah gadis lemah seperti yang digembar-gemburkan.

Cinderella merupakan hasil nukilan dua orang penulis iaitu Charles Perrault dan Grimm Brothers. Versi bahasa Perancis yang ditulis oleh Charles Perrault merupakan versi yang paling dekat dengan kisah yang kita ketahui.

Namun begitu, versi penceritaan Grimms Brothers yang berbahasa German mempunyai plot cerita yang mengerikan.

Berikut merupakan sembilan perkara berbeza tentang kisah puteri Disney Cinderella seperti yang diceritakan oleh Grimm Brothers.

1.Bukan seorang gadis naif

Di dalam versi penceritaan Grimm Brothers, nama Cinderella sebenarnya adalah Aschenputtel. Versi ini tidak menggambarkan Aschenputtel sebagai gadis lemah yang hanya menunggu masa untuk diselamatkan.

Aschenputtel menghabiskan masanya dengan bercakap dengan sebatang pohon ajaib dan beberapa ekor burung ajaib. Malah, gadis ini sebenarnya merupakan seorang ahli sihir ekoran kebolehannya menghilangkan diri.

2. Bijak bersembunyi

Disney memaparkan Cinderella menghadiri hanya satu majlis tari-menari di mana dia bertemu dengan Putera Eric. Namun, Grimm Brothers menceritakan perihal sebenar iaitu Aschenputtel telah pergi ke tiga buah majlis tar-menari yang dianjurkan pihak istana.

Di dalam versi ini juga, putera raja bertegas mahu menghantar Aschenputtel pulang ke rumah demi mengetahui kediaman gadis pujaan hatinya itu. Demi mengelakkan identitinya terbongkar, Aschenputtel terpaksa menyorok di dalam rumah burung merpati sehinggalah putera berkenaan hilang dari pandangan.

3. Identiti sebenar ibu bidadari

Ibu bidadari atau fairy godmother sebenarnya bukanlah pari-pari dan seorang manusia tetapi hanyalah sebatang pokok. Di dalam versi Aschenputtel, bapa gadis itu telah memberikan sebatang dahan pokok kepada anak perempuannya itu usai pulang dari lawatan kerjanya.

Aschenputtel telah menanam dahan tersebut di atas kubur ibunya dan menyiramnya dengan air mata setiap hari. Dahan tersebut akhirnya membesar menjadi sebatang pokok yang boleh menunaikan segala permintaan Aschenputtel termasuk sepasang gaun untuk majlis tari-menari.

4. Demi kasut kaca

Sekiranya di dalam versi Disney kakak-kakak tiri Cinderella sedaya upaya cuba menyumbat kaki mereka ke dalam kasut kaca yang kecil, versi Grimm Brothers pula lain kisahnya.

Demi memuatkan kaki mereka ke dalam kasut kaca, salah seorang kakak tiri Aschenputtel telah bertindak memotong ibu jari kakinya. Seorang lagi saudara Aschenputtel pula sanggup memotong tumit kakinya.

5. Burung-burung peneman

Bagi Aschenputtel, burung-burung yang menjadi temannya sebenarnya bukanlah haiwan ceria yang suka menyanyi.

Apabila Aschenputtel telah menaiki takhta usai perkahwinannya dengan putera raja, haiwan-haiwan tersebut telah menyerang kakak-kakak tiri tuan mereka dengan mencabut mata mereka.

6. Bapa merupakan seseorang yang ganas

Berbeza dengan versi Disney Cinderella, bapa Aschenputtel sebenarnya masih hidup dan merupakan seorang pengacau. Apabila putera raja muncul beberapa kali untuk menemui Aschenputtel, bapanya yang gagal menemui anak gadisnya itu telah bertindak memecahkan segala perabot menggunakan kapak.

7. Perangkap putera raja

Seperti mana putera raja di dalam versi Disney, putera di dalam versi Grimm Brothers ini juga amat kecewa apabila gadis pujaan hati pergi meninggalkannya. Berbeza dengan versi Disney, putera raja Grimm Brothers ini sanggup memasang perangkap untuk memastikan Aschenputtel tidak hilang begitu sahaja.

Kasut kaca Aschenputtel yang ditinggalkan di atas tangga istana sebenarnya bukanlah ditinggalkan dengan tidak senjaga. Aschenputtel terpaksa meninggalkan sepatu itu di situ kerana ia sudah melekat dengan tar yang merupakan sebahagian perangkap putera raja.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai versi ini?

Artikel Lain Untuk Di Baca