
Potong elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat.
Itu saranan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, yang tidak bersetuju dengan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Krtikal yang baru dilantik.
Menerusi rakaman video di Twitter rasminya berkata, tindakan pemansuhan elaun kritikal tidak wajar khusus bagi doktor dan jururawat muda.
Potong allowances Ahli Politik & menteri,
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 24, 2019
Bukan allowance kritikal bagi doktor, pharmacist, nurses muda.
Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.
Saya pendekkan cuti saya, pulangkan allowance percutian & teruskan potongan gaji 10% pic.twitter.com/XSwIyvFceK
Syed Saddiq berkata, “Saya bantah pekeliling baru Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membabitkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.”
“Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya. Dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya sudah kurangkan sepuluh peratus daripada gaji saya dan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai,” katanya.

Pandangan Syed Saddiq yang meminta pemotongan elaun ahli politik dan menteri berbanding elaun kritikal mendapat pujian warganet yang menganggap hanya menteri itu memahami bebanan dan keluhan anak muda.
Syed Saddiq berkata, tindakan pemasuhan dianggap satu penganiayaan kepada mereka yang sememangnya sudah bekerja lebih masa dengan gaji yang kurang daripada kadar sepatutnya.
“Saya tahu perkara ini kerana baru sahaja melalui pembedahan apendisitis di hospital kerajaan yang berikan rawatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia.”
“Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka dan tidak menganaktirikan kerana ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekelilingnya pada Jumaat yang lalu telah mengumumkan bakal memasuhkan lapan elaun bermula tahun depan antaranya BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan serta beberapa elaun lagi.
Untuk membaca artikel yang berkaitan Syed Saddiq, sila klik pada pautan di bawah: