Positif COVID-19, Wanita Ini Kecewa Posmen Tidak Mahu Hantar Surat Ke Rumah

Seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat terkejut apabila dimaklumkan penghantaran surat ke rumahnya akan dihentikan buat sementara waktu kerana dia disahkan positif COVID-19.

Pamelo Bilbo yang menetap di Smithville dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi sekeping nota yang ditinggalkan di peti suratnya.

Menurut Pamelo, “Mereka kata akan menghentikan penghantaran surat buat sementara waktu kerana seseorang disahkan positif COVID-19 di alamat ini.”

Susulan daripada penghantaran surat ke rumahnya terpaksa diberhentikan buat sementara waktu, wanita berusia 65 tahun itu mula bimbang tentang semua bil termasuk ubat kanser adiknya yang dihantar ke alamat rumah tersebut.

“Saya tidak tahu mengapa mereka fikir mereka mempunyai hak untuk menghentikan penghantaran surat ke alamat rumah saya,” tambahnya.

Pamelo sudah menghubungi pejabat pos tetapi tidak menerima sebarang penjelasan daripada mereka. Dia kemudiannya menghubungi KXAN News dan para penyiasat menerima satu kenyataan daripada pejabat pos memaklumkan nota yang ditinggalkan itu adalah satu kesilapan.

Kenyataan daripada pejabat pos itu berbunyi, “Kami minta maaf di atas segala kesulitan yang dialami pelanggan. Selepas menyedari kesilapan tersebut, pihak kami mengesahkan penghantaran surat akan diteruskan seperti biasa.”

Amerika Syarikat mencatatkan 1,430,348 kes manakala 85,197 daripada mereka tewas kepada wabak tersebut sehingga ke hari ini. Pada pendapat anda, adakah tindakan pejabat pos itu merupakan satu perkara yang wajar dilakukan oleh mereka?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan posmen, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca