Popeye The Sailor Man Lambang Mat Salih Melayu

Mengapa Popeye dikaitkan dengan Melayu?

Begini ceritanya, dulu pada awal kedatangan orang Inggeris ke Malaysia, kebanyakan daripada mereka yang datang adalah pelaut yang berlabuh untuk urusan berdagang dan juga berehat setelah sekian lama di lautan.


Signifikan ‘mat salih’ dengan Popeye kerana dulunya para pelaut atau kelasi kapal ramai yang memakai topi putih seperti yang dipakai oleh kartun Popeye. Tambahan pula, para pelaut itu selalu memperkenalkan diri kepada masyarakat pribumi Melayu dengan mengatakan, “I am a sailor”.

Ketika itu, lidah orang Melayu masih belum boleh mengucapkan bahasa Inggeris dan akhirnya perkataan “I am a sailor” tersebut berubah jadi ‘mat salih’ kerana kurang tahu orang Melayu terhadap bahasa Inggeris pada masa itu. Perkataan mat atau mamat dalam istilah pergaulan bahasa Melayu maksudnya lelaki. Kalau perempuan disebut minah salih.

Menurut seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, ‘Mat Salih’ itu asalnya dari ‘Mad Sailor’. Dulu bila askar dan kelasi kapal British mendarat di Tanah Melayu setelah berbulan di atas kapal, mereka selalu mabuk dan buat kacau di Tanah Melayu.

Orang Melayu dulu gelar mereka sebagai benggali putih atau ‘Mad Sailor’. Jadi bila orang Melayu yang tidak faham dan tidak fasih bahasa Inggeris, mereka sebut ‘Mat Salih’, sedangkan mereka maksudkan ialah ‘Mad Sailor’. Mad dibaca Mat, sailor dibaca salee, jadi bunyinya ‘mat sale’. Kemudian orang Melayu seterusnya eja ‘mat salih’.

Dalam dunia realiti, terdapat seorang manusia Popeye:


Mustafa Ismail merupakan seorang atlet bina badan dari Mesir. Beliau diberi nama gelaran Popeye kerana mempunyai bicep yang sangat besar iaitu 78 sentimeter ukur lilit. Namun beliau tidak gemar makan bayam.

Begitulah ceritanya panggilan Mat Salih atau sebenarnya “Mad Sailor” itu terjadi.

Artikel Lain Untuk Di Baca