Pontianak Penyebab Segala Penyakit Misteri? Ketahui Asal Usul Kewujudan Hantu ‘Vampire’

Vampire atau pontianak adalah mitologi makhluk yang wujud di dunia realiti. Hantu ini berupaya menjadikan manusia atau mayat sebagai mangsa dengan mengambil darah mereka sebagai makanan. Pengertian Vampire dikatakan telah wujud sejak era Mesopotamia, Ibrani, Yunani Kuno dan Rom.

Oleh kerana populasi manusia semakin meningkat pada zaman dahulu, konflik antara wilayah, kekurangan perkhidmatan kesihatan dan makanan, penyebaran virus berlaku sehingga menyebabkan kematian dalam kalangan penduduk.

Masyarakat zaman dahulu kebanyakannya menganggap bahawa makhluk jahat seperti pontianak telah menyebabkan wabak penyakit misteri dan kematian. Berdasarkan mitos pada era tersebut, terdapat satu penyakit yang melanda seorang bapa. Kemudian, berjangkit ke anak kandungnya sebelum merebak ke seluruh anggota keluarga lelaki itu.

Setelah berhempas pulas menyembuhkan penyakit itu, si bapa mati dengan cara yang sangat misteri. Tidak lama kemudian, si anak pula menunjukkan gejala yang sama dialami oleh mendiang bapanya.

Bagaimanapun, penduduk tempatan mula mempercayai bahawa bapa kepada pemuda itu telah kembali hidup. Bukan itu sahaja, masyarakat setempat turut menganggap bahawa penyakit misteri yang menyerang si bapa telah menjangkiti anaknya. Bermula sejak inilah, kewujudan Vampire hangat diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala.

Kepercayaan tersebut mendesak masyarakat setempat untuk menggali kubur mendiang. Sejurus selepas makam tersebut dibongkar, mereka mendapati yang jasad si bapa kelihatan bengkak. Bahagian pipinya pula berwarna merah jambu dan sewaktu jasad itu dipukul, ia bertindak seolah-olah masih hidup.

Sejak Zaman Pertengahan sehingga kini, Vampire digambarkan sebagai seseorang yang berwajah pucat, kacak, karismatik, menggoda, berkuasa dan berpakaian hitam serta berkot panjang.

Sebagaimana yang telah diceritakan, penampilan Vampire pastinya membuatkan anda terfikir seolah-olah kejadian itu berwujud hantu yang baik. Namun, selepas terjadinya satu peristiwa, Vampire bersikap lebih agresif apabila dia tidak memperoleh apa yang diinginkan pada awalnya. Kemudian, ia mula mendedahkan bentuk sebenar iaitu taring besar, rupa pucat dan nada suara.

Berikut penulis kongsikan kepada anda kewujudan sebenar Vampire:

1. Kuasa dan Keupayaan:

  • Mampu hidup abadi selamanya
  • Mempunyai kekuatan yang luar biasa
  • Mempunyai deria yang kuat
  • Memiliki kelajuan lebih pantas
  • Berupaya untuk sembuh lebih cepat
  • Manipulasi psikik

2. Kelemahan:

  • ¬†Paku kayu
  • Cahaya matahari
  • Pancung kepala
  • Jemputan
  • Air yang mengalir

3. Kelebihan:

  • Minum darah manusia
  • Mempunyai daya tarikan
  • Mempunyai taring
  • Mampu berubah daripada manusia kepada Venom.

Vampire tertua dan paling berkuasa seperti The Old Ones, mempunyai kebolehan khusus yang dapat mengubah persekitaran secara drastik dan memusnahkan hampir semua musuh yang ingkar dan menentang mereka.

Kemahiran Istimewa

  • ¬†Manipulasi Cuaca
  • Kawalan Elemental
  • Manipulasi Masa
  • Ketidakseimbangan deria
  • Kekebalan terhadap serangan fizikal dan mental
  • Transformasi
  • Menyerap kuasa
  • Mengawal kuasa

Kesimpulannya, Vampire atau kata Melayunya, pontianak merupakan mitos atau legenda yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat zaman dahulu. Namun, sejauh mana kebenaran dan keesahan berkaitan kewujudan makhluk ini masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Penulis

  • Norain Fitriah Binti Mohd Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca