Polis Temui Rangka Dan Tengkorak Manusia Dalam Tandas Di Sebuah Rumah Dekat Kulai

Pihak polis telah menemui satu rangka dan tengkorak yang dipercayai milik seorang wanita warga emas dalam tandas di sebuah kediaman yang bertempat di Jalan Serunai, Taman Saleng, Senai dekat Johor pada 6 Mac lalu.

Rangka wanita tersebut dipercayai penghuni rumah berkenaan yang dikenali sebagai Guai Ahiok @ Tan Poh Choo. Mendiang dipercayai berusia lewat 70-an dan tinggal seorang diri di kediaman terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai iaitu Superintenden Tok Beng Yeow, pihaknya menerima aduan daripada jiran di kawasan tersebut yang memaklumkan perkara itu sebelum melakukan pemeriksaan di kediaman berkenaan.

“Kita menemui sehelai seluar panjang berwarna coklat di atas mangkuk tandas, sehelai coli wanita, sehelai baju berwarna merah mengandungi rangka tulang manusia dan tengkorak kepala di belakang mangkuk tandas.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kulai mendapati punca kematian ialah akibat serangan jantung selepas meneliti dan melakukan semakan ke atas kad rawatan perubatan mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis percaya rangka itu ialah Poh Choo berdasarkan penemuan dokumen mangsa di rumah tersebut yang mempunyai satu penama sahaja.

Beng Yeow meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Tambah Beng Yeow, mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Kulai menerusi talian 07-6632722 sambungan 6459 atau pegawai penyiasat kes tersebut pada talian 013-3373787 (Sarjan Azman) bagi membantu siasatan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan kisah penjumpaan rangka yang hampir sama dengan kes di atas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca