Polis Tahan 6 Orang Penjaga Atas Tuduhan Biar Anak Main Basikal Lajak

Enam orang penjaga telah ditahan pihak polis selepas anak mereka terlibat dalam aktiviti menunggang basikal lajak di sekitar Taman Kosas dekat Ampang pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, mereka bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

“Mereka ditahan kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” kata Noor Azmi.

“Kesemua tangkapan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil,” katanya.

Terdahulu, enam orang remaja berusia sekitar 11 hingga 16 tahun telah ditahan kira-kira jam 8.51 malam.

“Semakan mendapati kesemua basikal telah diubah suai dan tidak mempunyai brek. Kita turut membawa enam basikal ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah Noor Azmi, kesemua remaja itu dikenakan saman manakala basikal mereka pula disita di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca