Polis Siasat Laporan, Peserta Unduk Ngadau Dakwa Dicabul

polis-siasat-laporan-peserta-unduk-ngadau-dakwa-dicabul
polis-siasat-laporan-peserta-unduk-ngadau-dakwa-dicabul
Sumber: Astro Awani

Peserta Unduk Ngadau yang didakwa dicabul salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan itu akan menjalani siasatan menyeluruh.

Menurut Datuk Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah, pihaknya akan meneliti laporan berkenaan. Pengadu atau mangsa juga akan dipanggil untuk tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Sebelum pihak polis mengambil apa-apa tindakan berkaitan dengan kes ini akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci”.

“Siasatan yang dijalankan tidak mengambil kira mengikut latar belakang sesiapa saja termasuk individu yang didakwa. Undang-undang tetap akan dikuatkuasakan. Sesiapapun tidak boleh melangkaui undang-undang, tidak kiralah siapa pun, kita akan siasat”, jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika membabitkan gangguan seksual. Hasil daripada siasatan berkenaan nanti akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

Pada 21 Mei lalu, satu laporan polis tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dengan seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa telah diraba oleh salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan itu.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca