Polis Sangkal Dakwaan Wanita Ini Individu Di Bawah Pengawasan COVID-19

Baru-baru ini, seorang wanita menjadi bualan ramai selepas menjamu selera di sebuah kedai makan di Ipoh, Perak dengan memakai gelang berwarna merah jambu.

Walau bagaimanapun, pihak polis mengesahkan wanita tersebut bukan individu di bawah pengawasan (PUS) COVID-19 sebaliknya merupakan seorang pengunjung taman tema di kawasan berdekatan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz menjelaskan bahawa siasatan polis mendapati gelang yang dipakai wanita itu sebenarnya untuk memasuki taman tema Lost World Of Tambun.

“Ia adalah salah faham sahaja. Itu gelang untuk memasuki Lost World of Tambun,” jelasnya.

Sumber: Bernama

Sementara itu, A. Asmadi turut berkata pihaknya telah menerima laporan daripada peniaga kedai makan itu pada jam 12.22 tengah hari semalam yang menafikan dakwaan berhubung gambar tular tersebut.

Bimbang gambar itu akan menjejaskan perniagaan dan juga imej kedai makan tersebut, pengadu berusia 46 tahun terbabit memfailkan laporan polis supaya pihak berkenaan boleh mengambil tindakan sewajarnya

Terdahulu, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung dakwaan wanita berkenaan disyaki telah melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

Menurut Dr. Ding lagi, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan mengenai wanita berkenaan yang memakai gelang berwarna merah jambu.

Pada pendapat anda, adakah pihak pengurusan taman tema berkenaan perlu mengubah warna gelang mereka buat sementara waktu atau sebaliknya?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan individu di bawah pengawasan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca