Polis New York Dilarang Guna ‘Chokehold’ Untuk Tangkap Suspek

Susulan kes yang berlaku pada George Floyd yang menemui ajal sewaktu ditahan oleh polis. Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani rang undang-undang yang menghalang polis menggunakan kekerasan termasuk mencekik suspek.

Dalam pada masa yang sama, undang-undang baharu itu akan turut memudahkan tindakan diambil ke atas sesiapa yang menghubungi polis untuk menyiasat orang lain tanpa sebab yang kukuh.

Pejabat pendakwa raya khas juga akan ditubuhkan untuk menyiasat kes maut akibat kekerasan polis.

“Cara kita bergerak ke hadapan adalah dengan memastikan polis di negeri dan negara ini duduk bersama komuniti tempatan dan menyelesaikan isu yang timbul.

Lihat kepada punca masalah ini. Dapatkan pelan dan berikan pelan berkenaan kepada kerajaan tempatan. Jika tidak, anda tidak akan dapat dana daripada negeri.

Reformasi polis sudah lama tertangguh dan George Floyd adalah kes korban terbaharu.

Undang-undang ini bukan hanya tentang George Floyd; ia adalah berkenaan orang lain yang meninggal dunia sebelum ini,” katanya.

Undang-undang ini telah diluluskan oleh Ahli Parti Demokrat susulan protes seluruh Amerika Syarikat (AS) akibat pemergian George Floyd ditangan polis.

Perkara ini telah dicadangkan lebih setahun lepas namun ia gagal mendapat sokongan pada masa itu.

Antara yang turut hadir dalam upacara mendatangani rang udang-undang adalah pejuang hak asasi manusia, Al Sharpton dan ibu kepada mendiang Eric Garner yang meninggal dunia akibat kekerasan polis.

Untuk membaca artikel lain berkaitan protes anti keganasan polis, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca